Feline Lower Urinary Tract Disease (FLUTD) Leave a comment

Feline Lower Urinary Tract Disease (FLUTD) atau penyakit yang melibatkan masalah saluran kencing, batu karang khususnya adalah penyakit yang paling kerap terkena kepada kucing.

Penyakit ini terjadi disebabkan terdapat pembentukan batu atau pasir di dalam pundi kencing. Batu ini boleh tersumbat pada salur kencing menyebabkan air kencing terkumpul dan tidak dapat keluar dari pundi kencing

Kenapa kucing sangat kerap terkena penyakit ini?
  1. Jantina. Kucing jantan lebih kerap terkena penyakit batu karang
  2. Obesiti. Kebanyakan kucing yang terkena batu karang ada masalh obesitu
  3. Garam. Permakanan yang tak stabil. Permakanan yang banyak garam. Garam untuk tingkatkan selera kucing
  4. Stress level. Seperti pertukaran rumah baru, Kehadiran kucing baru dalam ‘teritorry’ nya
Antara simptom-simptom kucing terkena batu karang adalah
  1. Kucing akan lebih kerap ke tandas
  2. Kucing akan meraung disebabkan kesakitan yang dialami semasa hendak kencing
  3. Kucing hanya kencing sedikit sahaja (tompok-tompok kecil)
  4. Kerap menjilat kemaluan, ia boleh menyebabkan keguguran bulu di bawah badannya.
  5. Tiada selera makan atau tidak mahu minum.

Awas! Batu karang juga boleh menyebabkan kematian

Jika selama 3 hari kucing anda tidak membuang air kecil, segera ke Klinik Verterinar kerana ia boleh menyebabkan kematian. Kes akan dianggap sebagai kecemasan kerana potensi kematian adalah tinggi.

Apakah langkah dan persediaan awal bagi pemilik kucing untuk menghindari masalah ini?

1. Berikan makanan premium yang bersesuaian dengan kucing anda. Kini, terdapat pelbagai produk makanan premium yang mempunyai formulasi khusus untuk menggelakkan kes FLUTD sebegini.

2. Pastikan sumber minuman bersih dan mencukupi. Pemilik perlu kreatif untuk menggalakkan si comel anda minum kerap seperti menggunakan fountain bowl, sediakan beberapa ‘check point ‘ minuman, kiub ais perisa ikan/ayam boleh diletakkan pada bekas minuman mereka untuk menarik minat mereka kerap minum.

Klik untuk maklumat lanjut

3. Berikan makanan lembut dibuat sendiri atau di dalam tin, kerana kandungan air tinggi. Elakkan memberi hanya makanan kering (biskut) kepada kucing anda.

Klik untuk maklumat lanjut

4. Sediakan ‘litter box ‘ yang mencukupi jika mempunyai kucing yang banyakdan pasir yang bersih agar kucing anda boleh kencing dengan selesa. Kucing nerupakan haiwan yang cerewet atau ‘ fussy’, litter box yang kotor dan berbau menyebabkan mereka rela untuk tahan kencing atau kencing merata.
Kurangkan suasana stress di dalam rumah, kerana faktor stress ini boleh mengundang permasalahan FLUTD ini.

Cara pemilihan makanan yang ideal untuk pemilik kucing
  1. Makanan premium dan organik yang boleh didapati di klinik-klinik Veterinar dan kedai haiwan peliharaan.
  2. Tiada penggunaan pelbagai pewarna.
  3. Kandungan protein yang diformulasi bersesuaian dengan keperluan kucing anda. Saranan keperluan protein untuk anak kucing 30% dan kucing dewasa 25%-30%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *