Adakah kucing anda bahagia? Leave a comment

Semua penjaga kucing inginkan yang terbaik untuk si bulu mereka, tetapi adakah si bulu benar-benar bahagia? Beberapa tips untuk anda mengetahui kesihatan mental kucing anda.

1. Kucing anda hanya baring dan tidur.

Nampak macam normal kan? Tetapi, itu petanda kucing anda sedang bosan. Kita mungkin menganggap kucing itu pemalas tetapi sebenarnya kucing anda dalam kebosanan. Kucing yang tidak aktif lebih berpotensi menghidap obesiti. Risiko unutk mendapatkan diabetes atau sakit sendi adalah tinggi. Pastikan kucing anda kekal aktif. Kurang aktif disebabkan faktor usia adalah normal tetapi tidak normal jika berlaku secara drastik

2. Sentiasa dalam ketakutan

Seperti manusia, haiwan juga mempunyai masalah ‘anxiety’. Kucing begini memerlukan kawasan yang selamat jika berlaku perkara di luar jangkaan. Contoh, mereka akan menyorok jika bertembung dengan orang yang tak dikenali atau melakukan ‘marking’ jika ternampak kucing baru. Jika anda mempunyai kucing begini, sediakan tempat untuk berlindung jika dia terasa terancam.

3. Kuat menjerit

Jika kucing anda selalu meminta makanan walaupun mangkuk masih penuh, kemungkinan dia hanya memerlukan perhatian daripada anda. Sesetengah daripada kita selalu terkeliru dengan tindakan itu, dan beranggapan kucing begini adalah cerewet. Tetapi yang sebenarnya, apa yang mereka perlukan hanyalah perhatian tuannya. Luangkan masa untuk belai dan bermain dengannya.

4. Berbalik kepada asas

Kucing yang gembira adalah kucing yang makan, minum, tidur dan bermain. Walaupun berbeza karekter tapi keperluannya adalah sama. Jika kucing anda tidak mahu makan, kemungkinan dia tidak gembira dengan dietnya. Sebelum bertukar makanan, rujuk kepada yang pakar.

5. Selalu dalam keadaan berjaga-jaga

Jika kucing anda selalu dalam keadaan berjaga-jaga (telinga kebelakang, ekor kurang bergerak) walaupun selepas bermain, bermaksud dia tidak rileks dan selesa. Perhatiakan keadaan persekitaran cubs sediakan keadaan yang selesa kepada mereka.

Kucing yang sihat adalah kucing yang bahagia, bawalah mereka untuk pemeriksaan sekurang-kurangnya setahun sekali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *