Tips memakai ‘Cat Leash’ Leave a comment

Melakukan aktiviti luar rumah adalah cara yang baik untuk mengekalkan kesihatan kucing anda. Si bulu juga berpeluang untuk melakukan aktiviti kesukaannya serperti bermain di atas rumput, kejar-mengejar dan lain-lain lagi. Untuk memastikan keselamatan si bulu, anda boleh memakaikan tali(cat leash) pada badan kucing anda. Tapi bagaimana untuk melatih mereka?

1. Kenali kucing anda. Bukan semua kucing ingin untuk memakai ‘cat leash’ pada badannya. Kaji perangai atau personaliti kucing anda terlebih dahulu. Kucing yang boleh memakai ‘cat leash’ selalunya kucing yang bersifat ‘sporting’ dan berani. Jika anda mempunyai kucing yang sangat penakut, jangan paksa ia.

2. Gunakan tali yang betul. Gunakan tali yang dibuat khas untuk kucing. Pastikan saiz yang padan dengan kucing anda untuk memastikan ia berada dalam keadaan selesa dan selamat. Tidak terlalu ketat atau longgar.

3. Mulakan di rumah dahulu. Selepas anda membeli tali tersebut, jangan pakaikan terus pada kucing anda. Biarkan tali tersebut selama sehari dua di tempat kucing selalu berada. Si bulu akan bermain dan selesakan diri bersama barang baru.

4. Biarkan si bulu selesa. Setelah si bulu terbiasa dengan tali tersebut, cuba pakaikan pada badannya dan biarkan dia biasakan diri dengan tali tesebut di badannya. Mungkin akan memakan masa bagi kucing baru. Sekali-sekala anda boleh pasangkan tali penarik pada tali di badannya, agar dia berasa selesa menarik beban.

5. Berikan dia hadiah. Belajar menggunakan ‘cat leash’ bukanlah perkara yang mudah. Ubah situasi tersebut kepada situasi positif dengan memberikan hadiah seperti usapan, makan treats atau wet food.

7. Selamat dan sunyi. Cari kawasan yang selamat dan sunyi agar si bulu anda tidak terasa terancam ketika bersiar-siar.

8. Kucing mungkin terlepas dari talinya. Pakaikan kolar ID pada kucing anda.

9. Vaksinkan kucing anda. Semasa keluar berjalan-jalan, anda mungkin bertemu dengan kucing lain. Kucing anda berpotensi mendapat penyakit atau kutu. Berhati-hati dengan keadaan sekeliling seperti kaca atau tumbuhan beracun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *