Adakah makanan sekarang sesuai dengan kucing anda? Leave a comment

Bila tiba masanya untuk membeli makanan kucing, terlalu banyak pilihan sehingga rambang mata kita untuk memilih. Sebagai pembela kucing, kita harus bijak dalam membuat pilihan. Setiap makanan mempunyai kelebihan masing-masing untuk memenuhi variasi kucing dari segi umur, baka dan kesihatan. Bagaimana untuk mengetahui makanan itu sesuai atau tidak? Jika kucing anda menunjukkan simptom-simptom seperti berikut, sudah tiba masanya kucing anda bertukar makanan.

1. Perut Meragam

Salah satu tanda makanan tidak sesuai dengan si bulu ialah perut kucing meragam. Berjumpa dengan veterinar jika kucing anda mengalami cirit-birit dan muntah teruk. Walaupun simptom ini boleh berpunca dari penyakit lain, tetapi salah satunya adalah disebabkan makanan tidak sesuai. Sesetengah kucing sensitif terhadap bahan tertentu dalam makanan.

2. Bulu kering dan kusam

Kucing sepatutnya mempunyai bulu yang lembut dan bersinar. Jika tidak, ini mungkin disebabkan kekurangan nutrien dalam makanan, sistem pencernaannya bermasalah atau makanannya berkualiti rendah.

3. Kelesuan

Setiap kucing mempunyai tahap kecergasan berbeza. Tetapi jika kucing anda selalu mengalami kelesuan, mungkin berpunca dari diet mereka. Anda disarankan untuk berjumpa dengan veterinar untuk memastikan punca sebenar. Supplement atau nutrition booster boleh membantu untuk menanbah tenaga.

4. Masalah berat badan

Mengalami masalah obesiti selalunya berpunca dari terlebih makan atau kandungan lemak berlebihan. Begitu juga jika kucing anda terlebih kurus. Jika kucing anda mengalami masalah kekurangan berat badan, anda disarankan untuk menukar pelan diet untuk tingkatkan berat badan si bulu. Setelah berat badan ideal dicapai, tukarkan pelan diet kucing untuk mengelak masalah obesiti atau peyakit-penyakit lain menyerang.

6. Kegatalan

Antara kes yang sangat jarang berlaku. Jika kucing kerap mengaru, kemungkinan berpunca dari alergik kepada kandungan makanan. Berjumpa dengan veterinar untuk mendapatkan kepastian.

Makanan yang sesuai untuk kucing lain belum tentu sesuai untuk si bulu kita. Dari kita menghabiskan duit bertukar-tukar makanan atau membeli makanan mahal, lebih baik kita bertanya kepada pakar pemakanan tentang makanan mana yang lebih sesuai berdasarkan ciri-ciri kucing kita.

Sebarang pertanyaan tentang penjagaan kucing / dan program adoption sila..
Like facebook di Cats R Us
atau Whatsapp kami

Nak Berkongsi Maklumat atau Pertanyaan tentang Kucing? Sertai Group Cats Premier
https://www.facebook.com/groups/1658956730824048/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *