Turunkan stress anda Leave a comment

Pergi kerja gelap, balik pun gelap. Masa untuk diri sendiri pun tak ada. Belum lagi dengan beban kerja yang berlambak-lambak di pejabat. Fuhh! Penat perah otak nak dapat idea-idea baru. Itu baru cerita di pejabat.

Balik rumah, bukan terus dapat rehat. Kemas rumah, basuh baju, masak dan banyak lagi. Tak kira pangkat anda tinggi mana pun di pejabat, balik rumah tetap kita uruskan sendiri. Masing-masing mempunyai peranan sendiri dan rutin harian. Stress!

Pakar psikiatri Amerika Syarikat, Elizabeth Scott berkata, individu yang mempunyai gaya hidup sibuk dan penuh dengan tekanan mendapat lebih manfaat daripada hobi yang dilakukan berbanding individu biasa.

Realitinya, apa saja aktiviti yang boleh memberikan hiburan dan timbulkan rasa seronok berupaya mengalihkan diri kita dari memikirkan mengenai masalah. Antara hobi menarik yang boleh menghilangkan tekanan dan pada masa sama seronok dilakukan walaupun berulang kali ialah haiwan peliharaan

Haiwan jinak seperti kucing adalah pilihan utama sebagai haiwan peliharaan. Percaya atau tidak, hobi memelihara haiwan kecil ini sebenarnya boleh mengurangkan tekanan anda. Kajian dari Bastyr University, Seattle mendapati tekanan darah seseorang akan menurun sekiranya dia menyentuh ataupun membelai haiwan peliharaan.

Bringing down stress levels

Belaian di kepala dan di bahagian telinga haiwan itu juga menunjukkan kesan positif di mana seseorang akan rasa kurang tertekan dan semakin melupakan masalahnya. Bagi anda yang bekerja, ambil kesempatan untuk membelai haiwan selepas pulang ke rumah kerana cara itu boleh mengurangkan hal negatif yang membelenggu minda anda. apakata anda ?? Jika ya.. kongsikan pengalaman anda di ruang komen di bawah..

Sebarang pertanyaan tentang penjagaan kucing / dan program adoption sila..
Like facebook di Cats R Us
atau Whatsapp kami

Nak Berkongsi Maklumat atau Pertanyaan tentang Kucing? Sertai Cats Premier
https://www.facebook.com/groups/1658956730824048/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *