Kesan jangka masa panjang selsema Leave a comment

Kebanyakan haiwan yang mendapat jangkitan selesema kucing ini akan pulih tanpa sebarang implikasi jangka panjang pada kesihatan mereka. Namun, pada kucing yang lebih tua, anak kucing, atau kucing yang sedang sakit(penyakit lain), ia boleh mampu menjadi lebih serius. Sesetengah kes mampu memberi kesan jangka masa panjang.

Agen Pembawa

Masalah utama berkaitan jangkitan ini ialah kemungkinan besar kucing anda menjadi pembawa virus tersebut. Selalunya ia sukar untuk dikesan kerana tiada simptom-simptom untuk kucing pembawa, tetapi jika terjadi, anda perlu menjauhkan kucing anda daripada haiwan lain yang berpotensi mendapat jangkitan.

Hidung berair

Kucing anda mungkin akan mengalami demam yang berulang sewaktu mereka dalam keadaan tertekan. Kadangkala akibat daripada jangkitan ini, mereka berisiko menghidap rhinitis kronik (hidung kekal berlendir).

Radang mulut

Dalam kes yang lebih teruk, sesetengah kucing akan menghidap penyakit gingivitis (radang mulut) berpanjangan, di mana kucing anda memerlukan rawatan mengunakan ubat atau dirawat dengan cara mencabut gigi mereka.

Kecacatan jangka panjang

Satu lagi kebimbangan adalah kerosakan pada bahagian mata disebabkan oleh ulser. Ini boleh membawa kepada kecacatan jangka panjang, dan lebih teruk lagi, mata tersebut terpaksa dikeluarkan. Hati-hati dengan sakit mata, lendir meleleh pada bahagian mata, atau mata kucing yang tidak boleh dibuka sepenuhnya: jika terdapat simptom sebegini, segera bawa mereka ke veterinar.

Dalam kebanyakan kes, kucing akan kembali pulih dalam waktu beberapa minggu. Untuk memastikan bahawa kucing kesayangan anda kembali sihat dan ceria, dapatkan rawatan awal serta nasihat daripada veterinar. Selain dari itu, anda boleh tingkatkan imun si bulu anda dari segi diet yang betul, tahap kecergasan dan persekitaran yang bersih dan selesa.

Makanan, Supplement & Air Bersih penting untuk tingkatkan imunisasi kucing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *