Ibu kucing tinggalkan anaknya Leave a comment

Sebenarnya perkara tersebut berlaku berpunca dengan banyak faktor dan antaranya ialah:

  1. Ibu Kucing tidak mengenali anak kerana mungkin terlalu banyak bayi yang menyelubungi anaknya sehingga ibu kucing tidak dapat mengesan bau anaknya sendiri.
  2. Ibu kucing boleh stres seperti manusia dengan erti kata lain meroyan. Kucing pun pandai meroyan sehingga menyebabkan dimana ibu kucing tidak mempedulikan anaknya atau memakan terus anaknya.
  1. Anak kucing mengalami masalah atau cacat. Ibu kucing mempunyai deria dimana si ibu kucing boleh mengesan sebarang masalah kecacatan pada anaknya terutamanya dari segi bau.
  2. Jika salah seekor anak kucing mati si ibu kucing sememangnya akan memakan anaknya demi mengelak dari dikesan oleh kucing – kucing lain dan demi keselamatan anak – anak kucing yang masih hidup.
  1. Hamil terlalu muda. Ada kucing betina hamil terlalu muda sehinggakan dimana si ibu kucing tidak berkemampuan untuk menjaga anaknya dan tidak ada naluri keibuan sehinggakan ibu kucing tidak mempedulikan anaknya atau akan memakan anaknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *