Bengal Leave a comment

Bengal adalah kucing domestik yang mewarisi ciri-ciri fizikal kucing hutan tetapi ia mempunyai sifat yang penyayang dan mesra keluarga. Sesetengah karakternya menyerupai kucing domestik.

Ciri-ciri menarik kucing Bengal

  • Jangka hayat dari 9-13 tahun
  • Mempunyai memori yang kuat. Boleh jadi perkara baik atau buruk, bergantung kepada situasi. Contohnya, jika seharian ia dikurung, ia akan sedaya-upaya lari dari tempat kurungan.
  • Disebabkan mewarisi ciri-ciri kucing liar(hutan), Bengal merupakan pemangsa yang baik. Jangan terkejut jika ia bawa balik macam-macam jenis ‘makanan’ seperti tikus, burung, tupai atau apa-apa haiwan kecil.
  • Senang belajar perkara baru. Seperti anjing, ia mudah dilatih untuk duduk, baring dan ‘high five’. Malah, ia juga boleh belajar untuk buka pintu, menutup lampu ataupun menggunakan tandas.
  • Bengal sukakan air. Jangan terkejut jika mereka menggunakan ‘tangan’ mereka untuk minum air. Disebabkan sifat sukakan air, bengal boleh diajar menggunakan tandas dan tidak terlalu cerewet untuk mandi.

Personaliti

Walaupun rupanya seperti kucing hutan, tetapi baka ini mesra dan penyayang seperti kucing domestik lain. Mesra dengan manusia, Bengal sangat suka bermain, selalu bertenaga dan sifat ingin tahu sangat tinggi. Bengal juga merupakan kucing yang setia dan senang berkawan dengan manusia.

Cergas dan bertenaga, Bengal sangat suka memanjat pokok atau berada di kedudukan yang tinggi dan mempunyai refleks yang pantas disebabkan ciri-ciri fizikalnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *