Persediaan boarding kucing anda Leave a comment

Hotel boarding menyediakan tempat tinggal sementara kepada haiwan kesayangan jika anda tidak mampu untuk melakukan perjalanan jauh bersama mereka. Jika anda ingin menggunakan perkhidmatan hotel boarding pastikan anda menyediakan kelengkapan yang mencukupi. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda sediakan.

Pastikan Haiwan peliharaan anda telah divaksinkan

Kebanyakan perkhidmatan boarding mewajibkan haiwan peliharaan divaksin mengikut jadual yang ditetapkan. Ini adalah untuk memastikan haiwan-haiwan di dalam hotel tersebut bebas dari penyakit merbahaya. Bawa buku vaksin untuk rujukan hotel tersebut. Sesetengah tempat menyediakan perkhidmatan vaksin haiwan.

Isi Borang Boarding

Baca dan isikan borang boarding. Pastikan anda baca dan fahami peraturan boarding seperti kebenaran rawatan kecemasan ketika boarding dan lain-lain. Masukkan maklumat penuh anda serta cara untuk menghubungi anda jika sesuatu terjadi. Maklumkan kepada hotel tentang alahan haiwan peliharaan anda.

Bawa barang haiwan anda jika perlu.

Permainan atau tilam kecil kegemaran haiwan anda dapat mengurangkan stress mereka. Berada di tempat baru akan meningkatkan stress haiwan peliharaan anda. Dengan membawa barang-barang mereka ia dapat membantu mengubah mood mereka.

Jangan ubah diet mereka

Anda dinasihatkan untuk membawa makanan sendiri semasa boarding. ISemasa boarding, haiwan peliharaan akan mengalami stress, murung dan tidak berselera untuk makan. Dengan mengekalkan cara permakanan, ia dapat membantu mereka untuk menjalankan rutin harian mereka. selain daripada itu, pertukaran makanan boleh menyebabkan masalah penghadaman haiwan peliharaan.

Bertenang dan positif

Apabila tiba masanya anda perlu tinggalkan haiwan kesayangan anda, jangan terlalu risau dan sedih. Ini akan memberikan impak negatif kepada haiwan tersebut. Betenang dan ceria kerana mereka akan dijaga dengan baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *